Kilang Batik
Semasa di kilang batik, kami diperkenalkan kepada cara-cara membuat batik. Cara pertama untuk membuat batik ialah untuk mendapatkan kain kapas atau kain sutera. Harga sutera lebih tinggi daripada harga kain kapas.
Cara kedua ialah untuk mencairkan lilin untuk digunakan sebagai garisan sebelum mewarnakan batik.
Cara ketiga ialah proses pengeringan batik tersebut. Proses pengeringan mengambil masa selama 1-3 hari. Setelah ia sudah dikeringkan, ia boleh dijual. Inilah kali pertama kami melihat proses batik itu dibuat kerana selama ini kami hanya tahu memakai kain-kain batik sahaja.
Kami berasa yang aktiviti ini amat berfaedah bagi kami kerana kami sudah tahu bagaimana batik dibuat.
Pengalaman saya di Pasar Siti Khadijah amat menarik. Ia amat menarik kerana keadaandi sana tidak sama dengan keadaan di pasar-pasar Singapura. Tujuan kami di sana kerana kami dikehendaki untuk mencari makanan yang berasaskan tempatan nasi. Kami dikehendaki berpecah kepada kumpulan masing-masing dan yang diberikan 30 minit untuk mencarinya. Contoh makanan yang berasaskan nasi yang tidak didapati di Singapura. Perasaan saya semasa di sana ialah ghairah kerana saya tidak pernah mengalami keadaan pasar basah seperti di sana.
Permainan Alat Muzik 'Kertuk'
Apabila saya menonton persembahan permainan alat muzik 'Kertuk', ia menarik hati saya kerana ia mengajar saya tentang alat muzik Melayu yang saya tidak pernah ketahui. Alat kertuk itu dibuat oleh kelapa tua yang terbesar. Perasaan saya tentang pengalaman ini ialah gembira kerana saya dapat mencuba bermain dengan alat muzik tersebut.
Seni Silat
Pengalaman kami apabila menonton persembahan silat di gelanggang Seni adalah pengalaman yang amat seronok, kerana kami telah menonton persembahan silat tradisional. Silat ini dimulakan pada zaman dahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi kemudian. Kami berasa amat kagum menonton persembahan silat itu kerana silat itu amat susah untuk dipelajari dan generasi sekarang tiada anak-anak muda yang berminat dengan seni silat.
Gasing
Untuk bermain gasing, kita memerlukan alat gasing dan talinya. Arenanya hanya satu kotak yang kecil. Pemain-pemain harus memastikan gasing berputar di dalam kotak. Pemain harus melempar gasingnya dan melanggar gasing pihak lawan untuk memenangi pertandingan itu. Perasaan saya semasa menyaksikan pertandingan gasing itu amat seronok. Pada pendapat kami, gasing adalah sebuah permainan yang amat unik.
Wayang Kulit
Pada waktu malam pula, kami menyaksikan acara wayang kulit bersama-sama dengan orang-orang tempatan di sana. Walaupun kami tidak dapat memahami bahasa kelantan yang digunakan, kami cuba memahami jalan cerita wayang kulit tersebut dengan meneliti gerak geri wayang kulit tersebut.
Dihasilkan oleh: Kumpulan NAFRI (Adlina, Muzakir, Qabeer, Hadi, Irfan & Ayub)


















No comments:
Post a Comment