Tuesday, 5 November 2013

Renungan Hari Ke-2 (Reflection Day-2)

Hari kedua kami dimulakan dengan lawatan ke;

Kilang Dodol & Serunding (Small Cottage industry; Dodol and Serunding making)

Kilang dodol itu dimiliki oleh seorang warga tempatan yang bernama Encik Haji Sulaiman. Kami diberitahu bahawa kilang tersebut juga dikenali sebagai "Small Cottage Factory" kerana tempat membuat dodol dan serunding terletak di dalam kawasan perumahan pemiliknya sendiri.

Teliti mendengar penerangan yang diberikan oleh pemandu pelancong, Encik Nazrul

Hairan melihat alat-alat memasak dodol dan serunding

Kami berasa sangat jakun apabila berada di kilang dodol dan serunding kerana kami tidak pernah lihat orang membuat dodol dan serunding dengan mata kami sendiri. Kami juga mendapat tahu daripada pemandu pelancong bahawa mereka mengunakan alat-alat yang tertentu seperti kuali timba untuk memasak dodol. Selain itu, kami juga mendapat tahu bahawa setelah menggunakan isi kelapa untuk dibuat serunding, mereka menggunakan hampas kelapa untuk dijadikan bahan pembakaran. Kami berasa sangat gembira juga kerana dapat membeli pelbagai jenis dodol seperti dodol durian, dodol telur, dodol pandan dan serunding seperti serunding daging, ayam dan ikan untuk dibawa pulang ke rumah.



Kedai Seni Ukiran Batik & Perak (Batik and Silversmith)

Ketika di kedai seni ukiran perak, kami telah mempelajari cara-cara untuk mengahasilkan barang hiasan yang dibuat daripada perak. Ia mengambil 3-4 hari untuk menghasilkan sebuah ukiran perak. Lokasi bengkel di mana mereka menghasilkan ukiran perak itu amat sesuai kerana bilik pameran perak-perak yang telah selesai dihasilkan berada bersebelahannya. Pada pendapat kami, proses membuat ukiran perak ini amat menarik kerana selama ini saya berfikiran bahawa ukiran-ukiran perak ini dibuat di kilang dengan menggunakan mesen yang besar. Kami tidak sangka bahawa ia menggunakan tenaga manusia untuk menghasilkan ukiran perak tersebut.


Apabila kami berada di kedai batik, s aya dapat melihat beberapa jenis kain batik. Untuk membuat batik, alat-alat yang diperlukan adalah canting, kain untuk mengukir, bahan perwarna dan cecair lilin.

Ada beberapa jenis kain songket yang terdapat di kedai itu. Jika kain itu ditenun mengunakan mesin,ia dipanggil sebagai kain tenun. Jika kain itu ditenun secara manual, ia dipanggil sebagai kain songket. Cara memakai kain songket itu menunjukkan status orang yang memakainya. Contohnya, seorang lelaki itu digelar duda jika dia lipatan kain sebelah kiri di atas lipatan sebelah kanan. Jika kain samping itu dilipat di atas paras lutut, ia menandakan bahawa lelaki tersebut masih bujang atau dia mempunyai lebih daripada 2 isteri. Kami berasa sangat terharu mengetahui tentang pelbagai jenis seni jahitan yang tedapat di dalam budaya Melayu.

Makan Tengah Hari di Restoran Ulam
Salah satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan hari ini ialah semasa makan tengah di Restoran Ulam. Kami tidak pernah melihat jenis-jenis lauk pauk yang dihidangkan. Apatah lagi jenis ulam yang dihidangkan beserta dengan lauk-pauk tersebut. Namun, kami masih tetap mencuba memakan makanan-makanan tersebut kerana kami sudah lapar!





Jenis-jenis ulam yang dihidangkan


Zikry berani mencuba ulam yang dihidangkan


Muzium Istana (Palace Museum: Royal customs and practices)

Kami dapat pelajari bahawa tempat kediaman raja dipenuhi dengan perabot-perabot yang dibuat oleh kayu. Raja juga suka dengan warna kuning yang melambangkan kekayaan. Warna merah pula melambangkan keberanian. Kami berasa amat kagum apabila melihat raja ada banyak koleksi senjata di tempat kediamannya. Kami juga rasa sedikit hairan selepas melihat patung-patung haiwan di salah satu sudut rumah itu. Walau bagaimanapun, pemandu pelancong telah menjelaskan bahawa sultan gemar memburu dan akan menyimpan tangkapannya sebagai cenderamata.

Berehat di ruang tamu 

Dayang-dayang di dalam istana.

Kami dapat pelajari tentang beberapa jenis-jenis senjata yang dipamerkan di Muzium Istana. Di sana juga, kami dapat mempelajari tentang nama-nama jenis senjata. Kami berasa amat seronok di muzium yang penuh dengan senjata.

Ditulis oleh kumpulan : JapJapJap (Edy, Sajida, Fitri, Iqbal & Tifal)


No comments:

Post a Comment