Tuesday, 15 October 2013

Taklimat untuk peserta dan ibu bapa

Sebagai permulaan, kami akan mulakan dengan taklimat untuk para pelajar yang terlibat beserta ibu bapa pada 22hb Oktober 2013 jam 6 petang di Multiplex Sek Men Punggol (PSS). Harap semua pihak yang terlibat dapat hadir.

Tujuan utama rancangan hari itu adalah untuk berkongsi maklumat lanjut tentang program penyerapan ini dan juga untuk memberi penjelasan jika ada sebarang pertanyaan. Pada hari itu juga, ketiga-tiga guru yang mengetuai rombongan ini akan turun padang. Maka ibu bapa dapat berinteraksi dengan kami. (Cg, Sunarti Amidon, Cg. Wardi Endra & Cg. Julaiha Haron)

Seandainya kamu perlu membuat pembayaran tunai bagi program penyerapan ini, sila jelaskan pembayaran kepada pegawai dari syarikat Transinex pada hari itu juga.

No comments:

Post a Comment