Wednesday, 23 October 2013

Kurikulum pra-lawatan hari ke-2

Pada hari pertama kelmarin, para peserta telah membuat kajian tentang tempat-tempat yang bakal dilawati. Mereka juga telah menghasilkan dapatan kajian mereka melalui Popplet.

Hari ini pula mereka belajar nilai kesopanan (propriety) apabila melawat tempat orang. Para peserta perlu menyediakan cenderahati untuk diberikan kepada para pelajar di Kelantan. Kami menekankan kepada para peserta tentang kepentingan menunjukkan rasa penghargaan kepada pihak-pihak yang telah menyumbang pada pembelajaran mereka. Para peserta sedar bahawa hadiah yang dibuat sendiri lebih bermakna dan berharga.


Zikry khusyuk tenung apa ya?

Siapa kata lelaki tidak boleh buat kraftangan?




Cikgu Julaiha menunjuk ajar bagaimana buku nota dihasilkan. 


Macam pasport eh?

No comments:

Post a Comment