Thursday, 31 October 2013
Harapan kumpulan #Hashtag untuk lawatan Kelantan-Terengganu
Assalamualaikum semua!
Harapan kami untuk ke sana ialah supaya dapat mempelajari tentang kaum-kaum dan
keadaan kehidupan orang-orang di sana. Kami haruslah menghormati budaya mereka kerana ia berbeza dengan budaya orang-orang Melayu di Singapura. Tambahan juga, kami pergi ke sana bukan sahaja untuk belajar tetapi kami harap dapat berseronok bersama rakan-rakan yang baru dikenali.
Nama kumpulan: #Hashtag
Ahli kumpulan: Iswandi, Hafizan, Qistina dan Quraisyah

Harapan Kumpulan NAFRI untuk ke lawatan Kelantan-Terengganu
Kumpulan kami hendak ke Kelantan-Terengganu kerana kami hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang budaya Melayu kami dan mengenali dengan lebih mendalam lagi, cara kehidupan mereka di situ. Kami juga hendak memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu kami. Kami ingin belajar untuk berdikari. Ini juga merupakan peluang kami untuk ke negeri orang lain dengan kawan-kawan kami kerana selalunya kami akan ke luar negeri dengan ibubapa kami.
Nama Kumpulan: Kumpulan NAFRI
Ahli Kumpulan: Muzakir, Adlina Amirah, Hadi, Ayub, Irfan, Qabeer
Nama Kumpulan: Kumpulan NAFRI
Ahli Kumpulan: Muzakir, Adlina Amirah, Hadi, Ayub, Irfan, Qabeer
Thursday, 24 October 2013
Wartawan Muda
Projek 'Wartawan Muda' ini bertujuan untuk menggalakan para pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan fasih secara spontan. Setiap kumpulan dikehendaki merakamkan video permulaan mereka di mana mereka dikehendaki berkongsi sebab mereka memilih untuk menyertai lawatan ke Kelantan-Terengganu ini. Para pelajar telah menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk merakamkan video mereka.
Kumpulan DAZAH
Kumpulan JapJapJap
Nak pakai apa, ya?
Semasa lawatan kami memerlukan para peserta untuk memakai pakaian yang seragam.
Hari pertama: Seluar jeans + T-shirt PE
Hari kedua: Seluar jeans + T-shirt lawatan (akan diberi kelak)
Hari ketiga: Seluar trek hitam + T-shirt sekolah (CCA/ NYAA)
Hari terakhir: Seluar panjang + T-shirt PE
Semua diingatkan agar selalu memakai seluar panjang semasa di sana.

Kurikulum pra-lawatan hari ke-3
Inilah hasil kajian para peserta tentang tempat-tempat menarik yang akan dilawati.
Wednesday, 23 October 2013
Kurikulum pra-lawatan hari ke-2
Pada hari pertama kelmarin, para peserta telah membuat kajian tentang tempat-tempat yang bakal dilawati. Mereka juga telah menghasilkan dapatan kajian mereka melalui Popplet.
Hari ini pula mereka belajar nilai kesopanan (propriety) apabila melawat tempat orang. Para peserta perlu menyediakan cenderahati untuk diberikan kepada para pelajar di Kelantan. Kami menekankan kepada para peserta tentang kepentingan menunjukkan rasa penghargaan kepada pihak-pihak yang telah menyumbang pada pembelajaran mereka. Para peserta sedar bahawa hadiah yang dibuat sendiri lebih bermakna dan berharga.
| Zikry khusyuk tenung apa ya? |
| Siapa kata lelaki tidak boleh buat kraftangan? |
| Macam pasport eh? |
Wednesday, 16 October 2013
Glogster...apa benda itu?
Cuba teroka lelaman Glogster sebelum lawatan kita kelak. Ia adalah suatu cara menarik untuk mereka poster kamu sendiri. Cubalah dengan teman-teman. Tetapi awas! Jangan sembarangan memuatnaikkan poster kamu sebelum diperiksa dengan teliti kandungannya.
Tuesday, 15 October 2013
Taklimat untuk peserta dan ibu bapa
Sebagai permulaan, kami akan mulakan dengan taklimat untuk para pelajar yang terlibat beserta ibu bapa pada 22hb Oktober 2013 jam 6 petang di Multiplex Sek Men Punggol (PSS). Harap semua pihak yang terlibat dapat hadir.
Tujuan utama rancangan hari itu adalah untuk berkongsi maklumat lanjut tentang program penyerapan ini dan juga untuk memberi penjelasan jika ada sebarang pertanyaan. Pada hari itu juga, ketiga-tiga guru yang mengetuai rombongan ini akan turun padang. Maka ibu bapa dapat berinteraksi dengan kami. (Cg, Sunarti Amidon, Cg. Wardi Endra & Cg. Julaiha Haron)
Seandainya kamu perlu membuat pembayaran tunai bagi program penyerapan ini, sila jelaskan pembayaran kepada pegawai dari syarikat Transinex pada hari itu juga.

Subscribe to:
Comments (Atom)