Salam hormat kepada Ibu bapa,
Rombongan Sekolah Punggol dianggarkan akan tiba kembali di Sekolah Menengah Punggol pada jam 9.00 malam. Sekiranya sudah tiba di Pusat Immigresen Tuas, para pelajar akan memaklumkan kepada ibubapa masing-masing.
Terima Kasih.
2013 ML Overseas Trip to East Coast Malaysia
Friday, 8 November 2013
Renungan Hari Ke-5 (Reflection Day 5)
"Setelah melalui aktiviti-aktiviti hari ini, saya telah berjaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya melalui projek Wartawan Muda. Saya telah banyak berkomunikasi dengan orang-orang yang tidak saya kenali seperti di Gedung Batik dan Pasar Payang. Aktiviti yang paling menarik ialah melukis batik. Saya juga berasa gembira kerana saya telah mengenali lebih ramai kawan setelah lima hari melalui lawatan ini. " - Iswandi
"Pada mulanya, saya berasa segan kerana saya tidak suka dirakam. Semasa di tempat wau, saya mempelajari bahawa membuat wau bukan begitu mudah. Ia mengambil masa yang agak lama dan harus mempunyai kesabaran ketika membuat wau tersebut." - Quraisyah
"Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi seorang wartawan muda. Ini adalah kali pertama saya dapat berpengalaman untuk menjadi seorang wartawan. Melalui projek ini, saya menyedari akan kepentingan bekerjasama. Lawatan ini telah mengajar saya untuk lebih berdikari dan bekerjasama dalam kumpulan." - Qistina
"Setelah melalui lawatan ini, saya telah mempelajari lebih banyak tentang budaya melayu. Aktiviti yang paling menarik ialah melukis batik. Saya suka melihat corak-corak batik yang berwarna-warni. Saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan saya." - Hafizan
"Saya berasa bahawa lawatan ini telah mengajar saya untuk mempertingkatkan lagi kepercayaan terhadap diri saya apabila di hadapan kamera. Ia akan membantu saya di masa hadapan jika saya perlu membuat persembahan di hadapan khalayak ramai. Aktiviti yang menarik ialah semasa lawatan di Persatuan Wau Batu Burok. Ia amat seronok kerana kami dapat mempelajari tentang pelbagai jenis wau yang tidak dapat dijumpa di Singapura." - Saiful
Gedung Batik Noor Afra
Pada hari ke-lima, kami telah melawati gedung Batik di mana kami berpeluang untuk mencuba membuat batik.
Kelab Wau Batu Burok

![]() |
| Hasil lukisan batik para pelajar. (Student's batik artwork.) |
![]() |
| Guru-guru juga ingin menunjukkan bakat mereka dalam lukisan batik. ( Teachers showing their batik painting skills.) |
Pasar Payang
Kami telah bermain permainan ala "Amazing Race" semasa di Pasar Payang. Kami dikehendaki mencari beberapa makanan tempatan yang terdapat di dalam Pasar tersebut. Selain itu juga, kami dikehendaki mengambil gambar sebagai bukti pencarian kami.
Malam Terakhir di Terengganu
![]() |
| Renungan buat Malam Terakhir. ( Final night of reflection.) |
![]() |
| Kumpulan terbaik, JAPJAPJAP. (Best group, JAPJAPJAP) |
Thursday, 7 November 2013
Renungan Hari Ke-4 (Reflection Day 4)
On the fourth day, we left Kelantan early in the morning to make our way on a 4 hour journey to Terengganu. The first stop was at Pulau Duyong. There, we learnt about the traditional boat making methods. One of the main information that attracted our attention was the use of the eucalyptus tree bark as a cement to fill up the gaps between the wooden boards.
Pulau Duyong
Muzium Negara
The next stop, we visited the National Museum of Terengganu. Since we were not able to take pictures inside the museum, we were tasked to draw out artefacts of the different showcases available there. Each group was given a topic and we had to look out for significant items that were exhibited and draw them out. It wasnt an easy task as the museum was huge.
Pulau Duyong
![]() |
| Us taking a picture in front of a half-finished boat. |
![]() |
| All aboard! |
The next stop, we visited the National Museum of Terengganu. Since we were not able to take pictures inside the museum, we were tasked to draw out artefacts of the different showcases available there. Each group was given a topic and we had to look out for significant items that were exhibited and draw them out. It wasnt an easy task as the museum was huge.
![]() |
| Our Student's research work. |
Done by: Group, DAHZA (Hazif, Zikry, Danish, Athirah & Adawiyah)
Renungan Hari Ke-3 (Reflection Day-3)
Hari ketiga kami dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti. Kami memulakan hari tersebut dengan lawatan ke;
Kilang Batik
Semasa di kilang batik, kami diperkenalkan kepada cara-cara membuat batik. Cara pertama untuk membuat batik ialah untuk mendapatkan kain kapas atau kain sutera. Harga sutera lebih tinggi daripada harga kain kapas.
Cara kedua ialah untuk mencairkan lilin untuk digunakan sebagai garisan sebelum mewarnakan batik.
Cara ketiga ialah proses pengeringan batik tersebut. Proses pengeringan mengambil masa selama 1-3 hari. Setelah ia sudah dikeringkan, ia boleh dijual. Inilah kali pertama kami melihat proses batik itu dibuat kerana selama ini kami hanya tahu memakai kain-kain batik sahaja.
Pasar Siti Khadijah
Pengalaman saya di Pasar Siti Khadijah amat menarik. Ia amat menarik kerana keadaandi sana tidak sama dengan keadaan di pasar-pasar Singapura. Tujuan kami di sana kerana kami dikehendaki untuk mencari makanan yang berasaskan tempatan nasi. Kami dikehendaki berpecah kepada kumpulan masing-masing dan yang diberikan 30 minit untuk mencarinya. Contoh makanan yang berasaskan nasi yang tidak didapati di Singapura. Perasaan saya semasa di sana ialah ghairah kerana saya tidak pernah mengalami keadaan pasar basah seperti di sana.
Gelanggang Seni
Permainan Alat Muzik 'Kertuk'
Apabila saya menonton persembahan permainan alat muzik 'Kertuk', ia menarik hati saya kerana ia mengajar saya tentang alat muzik Melayu yang saya tidak pernah ketahui. Alat kertuk itu dibuat oleh kelapa tua yang terbesar. Perasaan saya tentang pengalaman ini ialah gembira kerana saya dapat mencuba bermain dengan alat muzik tersebut.
Seni Silat
Pengalaman kami apabila menonton persembahan silat di gelanggang Seni adalah pengalaman yang amat seronok, kerana kami telah menonton persembahan silat tradisional. Silat ini dimulakan pada zaman dahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi kemudian. Kami berasa amat kagum menonton persembahan silat itu kerana silat itu amat susah untuk dipelajari dan generasi sekarang tiada anak-anak muda yang berminat dengan seni silat.
Gasing
Untuk bermain gasing, kita memerlukan alat gasing dan talinya. Arenanya hanya satu kotak yang kecil. Pemain-pemain harus memastikan gasing berputar di dalam kotak. Pemain harus melempar gasingnya dan melanggar gasing pihak lawan untuk memenangi pertandingan itu. Perasaan saya semasa menyaksikan pertandingan gasing itu amat seronok. Pada pendapat kami, gasing adalah sebuah permainan yang amat unik.
Wayang Kulit
Pada waktu malam pula, kami menyaksikan acara wayang kulit bersama-sama dengan orang-orang tempatan di sana. Walaupun kami tidak dapat memahami bahasa kelantan yang digunakan, kami cuba memahami jalan cerita wayang kulit tersebut dengan meneliti gerak geri wayang kulit tersebut.
Dihasilkan oleh: Kumpulan NAFRI (Adlina, Muzakir, Qabeer, Hadi, Irfan & Ayub)

Kami berasa yang aktiviti ini amat berfaedah bagi kami kerana kami sudah tahu bagaimana batik dibuat.

Tuesday, 5 November 2013
Renungan Hari Ke-2 (Reflection Day-2)
Hari kedua kami dimulakan dengan lawatan ke;
Kilang Dodol & Serunding (Small Cottage industry; Dodol and Serunding making)
Kilang dodol itu dimiliki oleh seorang warga tempatan yang bernama Encik Haji Sulaiman. Kami diberitahu bahawa kilang tersebut juga dikenali sebagai "Small Cottage Factory" kerana tempat membuat dodol dan serunding terletak di dalam kawasan perumahan pemiliknya sendiri.
Kami berasa sangat jakun apabila berada di kilang dodol dan serunding kerana kami tidak pernah lihat orang membuat dodol dan serunding dengan mata kami sendiri. Kami juga mendapat tahu daripada pemandu pelancong bahawa mereka mengunakan alat-alat yang tertentu seperti kuali timba untuk memasak dodol. Selain itu, kami juga mendapat tahu bahawa setelah menggunakan isi kelapa untuk dibuat serunding, mereka menggunakan hampas kelapa untuk dijadikan bahan pembakaran. Kami berasa sangat gembira juga kerana dapat membeli pelbagai jenis dodol seperti dodol durian, dodol telur, dodol pandan dan serunding seperti serunding daging, ayam dan ikan untuk dibawa pulang ke rumah.
Kedai Seni Ukiran Batik & Perak (Batik and Silversmith)
Ketika di kedai seni ukiran perak, kami telah mempelajari cara-cara untuk mengahasilkan barang hiasan yang dibuat daripada perak. Ia mengambil 3-4 hari untuk menghasilkan sebuah ukiran perak. Lokasi bengkel di mana mereka menghasilkan ukiran perak itu amat sesuai kerana bilik pameran perak-perak yang telah selesai dihasilkan berada bersebelahannya. Pada pendapat kami, proses membuat ukiran perak ini amat menarik kerana selama ini saya berfikiran bahawa ukiran-ukiran perak ini dibuat di kilang dengan menggunakan mesen yang besar. Kami tidak sangka bahawa ia menggunakan tenaga manusia untuk menghasilkan ukiran perak tersebut.
Apabila kami berada di kedai batik, s aya dapat melihat beberapa jenis kain batik. Untuk membuat batik, alat-alat yang diperlukan adalah canting, kain untuk mengukir, bahan perwarna dan cecair lilin.
Ada beberapa jenis kain songket yang terdapat di kedai itu. Jika kain itu ditenun mengunakan mesin,ia dipanggil sebagai kain tenun. Jika kain itu ditenun secara manual, ia dipanggil sebagai kain songket. Cara memakai kain songket itu menunjukkan status orang yang memakainya. Contohnya, seorang lelaki itu digelar duda jika dia lipatan kain sebelah kiri di atas lipatan sebelah kanan. Jika kain samping itu dilipat di atas paras lutut, ia menandakan bahawa lelaki tersebut masih bujang atau dia mempunyai lebih daripada 2 isteri. Kami berasa sangat terharu mengetahui tentang pelbagai jenis seni jahitan yang tedapat di dalam budaya Melayu.
Makan Tengah Hari di Restoran Ulam
Salah satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan hari ini ialah semasa makan tengah di Restoran Ulam. Kami tidak pernah melihat jenis-jenis lauk pauk yang dihidangkan. Apatah lagi jenis ulam yang dihidangkan beserta dengan lauk-pauk tersebut. Namun, kami masih tetap mencuba memakan makanan-makanan tersebut kerana kami sudah lapar!
Muzium Istana (Palace Museum: Royal customs and practices)
Kami dapat pelajari bahawa tempat kediaman raja dipenuhi dengan perabot-perabot yang dibuat oleh kayu. Raja juga suka dengan warna kuning yang melambangkan kekayaan. Warna merah pula melambangkan keberanian. Kami berasa amat kagum apabila melihat raja ada banyak koleksi senjata di tempat kediamannya. Kami juga rasa sedikit hairan selepas melihat patung-patung haiwan di salah satu sudut rumah itu. Walau bagaimanapun, pemandu pelancong telah menjelaskan bahawa sultan gemar memburu dan akan menyimpan tangkapannya sebagai cenderamata.
Kami dapat pelajari tentang beberapa jenis-jenis senjata yang dipamerkan di Muzium Istana. Di sana juga, kami dapat mempelajari tentang nama-nama jenis senjata. Kami berasa amat seronok di muzium yang penuh dengan senjata.
Ditulis oleh kumpulan : JapJapJap (Edy, Sajida, Fitri, Iqbal & Tifal)

| Teliti mendengar penerangan yang diberikan oleh pemandu pelancong, Encik Nazrul |
![]() |
| Hairan melihat alat-alat memasak dodol dan serunding |

| Jenis-jenis ulam yang dihidangkan |
![]() |
| Zikry berani mencuba ulam yang dihidangkan |
Muzium Istana (Palace Museum: Royal customs and practices)
Kami dapat pelajari bahawa tempat kediaman raja dipenuhi dengan perabot-perabot yang dibuat oleh kayu. Raja juga suka dengan warna kuning yang melambangkan kekayaan. Warna merah pula melambangkan keberanian. Kami berasa amat kagum apabila melihat raja ada banyak koleksi senjata di tempat kediamannya. Kami juga rasa sedikit hairan selepas melihat patung-patung haiwan di salah satu sudut rumah itu. Walau bagaimanapun, pemandu pelancong telah menjelaskan bahawa sultan gemar memburu dan akan menyimpan tangkapannya sebagai cenderamata.
![]() |
| Berehat di ruang tamu |
![]() |
| Dayang-dayang di dalam istana. |
Kami dapat pelajari tentang beberapa jenis-jenis senjata yang dipamerkan di Muzium Istana. Di sana juga, kami dapat mempelajari tentang nama-nama jenis senjata. Kami berasa amat seronok di muzium yang penuh dengan senjata.
Ditulis oleh kumpulan : JapJapJap (Edy, Sajida, Fitri, Iqbal & Tifal)
Subscribe to:
Comments (Atom)